14 NOVEMBER 2010


PERSONALITI WANITA 

JENIS DAHI


1) DAHI JENDOL
Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup, pandai bergaul dlm apa jua situasi, terlalu setia pada cinta hingga blh membuatkan diri mereka senditi merana. Kelemahanrasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah

2) DAHI SEMPIT
- Suka berdikari dan tidak suka bergantung dengan org lain, tidak mudah mengalah dlm apa jua keadaan, jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajaran.


3) DAHI LEBAR
- Lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri tetapi ini bukan b'makna mereka ini tidak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu.

4) DAHI BERSEGI
- Kuat bekerja. Segala kerja yang dilakukan itu akn dlakukan dgn tekun sekali. Kelemahan: tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman, sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

5) DAHI BERBENTUK M @ HATI
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sgt beruntung dlm hdp. Kelemahan: tdk ska menjdi ketua kerana bg mereka ia t'lalu membebankan dan tidak mampu untk d pikul, mereka juga mlt tmpyn n skr smpn rahsia


6) DAHI DGN JUNTAIAN ANAK RAMBUT
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dkatakn seorg yg bijak n pemurah, suka memberikan pertolongan kepada teman – teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Kelemahan: agk boros dlm soal berbelanja, sukar b'skp tegas n sukar lembut hati.

CARA BERJALAN

1) Golongan wanita yang jalannya berginjat,  wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain, ego, pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2) Jika berjalan, sering menoleh ke kanan dan kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, namun ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3) Jika berjalan suka menunduk. Memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4) Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5) Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6) Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7) Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

No comments:

Post a Comment