MONDAY, 15 NOVEMBER 2010

LELAKI HANDSOME VS LELAKI TAK HANDSOME

Kalau lelaki handsome: pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome: pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome: berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome: berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome: menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome: menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome: dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome: dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome: ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome: ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome: penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome: penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome: bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome: bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome: tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome: tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome: menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome: menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome: bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome: bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

No comments:

Post a Comment